Sejarah Lynyrd Skynyrd

Permulaan

Ronnie Van Zant, Bob Burns dan Gary Rossington berkenalan musim panas tahun 1964 semasa bertanding dalam pasukan besbol masing-masing. Mereka mula bermain muzik bersama-sama pada suatu hari menemani Burns yang rehat akibat suatu kecederaan semasa bersukan - mereka memutuskan membentuk suatu kugiran dengan rasa puas hati dengan persembahan cover suatu lagu The Rolling Stones, hal ini turut disetujui Allen Collins dan Larry Junstrom yang menyertai mereka sekali.[6]

Mereka pada asalnya memberi nama My Backyard sebelum bertukar kepada The Noble Five[7] dan The One Percent.[7] Nama Leonard Skinnerd yang mengejek seorang guru pendidikan kesihatan Robert E. Lee High School dihadiri mereka bernama Leonard Skinner[8][9] akhirnya dipilih atas cadangan Burns[6] pada tahun 1969, lama kelamaan menjadi "Lynyrd Skynyrd" seawal 1970.

Tragedi 1977, hiatus

Pada 20 Oktober 1977, kugiran ini menaiki suatu pesawat Convair CV-240 tempahan untuk terbang dari Greenville, South Carolina ke Baton Rouge, Louisiana untuk mengadakan konsert LSU pada malam keesokan harinya. Kapal dinaiki mereka kehabisan minyak sehingga memaksa suatu pendaratan kecemasan di suatu hutan 5 batu timur laut Gillsburg, Mississippi[10][11] namun gagal terhempas - Ronnie Van Zant, Steve Gaines dan kakaknya Cassie Gaines mati saat kemalangan sementara Collins, Rossington, Wilkeson, Powell, Pyle dan Hawkins, pengurus jelajah Ron Eckerman,[12] dan seberapa ahli kru lain kecederaan serius.

Allan membentuk Allen Collins Band pada tahun 1983.

Isteri Allen, Kathy Collins, meninggal dunia akibat komplikasi keguguran anak ketiga mereka pada tahun 1980; keadaan ini menyebabkan depresi yang kuat kepada Allan sehingga beliau ketagihan arak dan dadah sehingga mendorongnya kepada suatu kemalangan kereta pada 29 Januari 1986 yang melumpuhkannya lumpuh separuh badan.[13][14]

Gabungan semula (1987-1995)

Kugiran ini bergabung semula pada 1987 dengan lima anggota utama yang masih hidup iaitu Gary Rossington, Billy Powell, Leon Wilkeson dan Artimus Pyle serta Ed King. Adik Ronnie Van Zant, Johnny, mengambil tempat sebagai penyanyi utama; Allan Collins walaupun lumpuh masih menjadi pengarah muzik sambil melantik rakan sekugiran Allen Collins Bandnya Randall Hall sebagai pengganti.

Sejak 1995

Rujukan

WikiPedia: Lynyrd Skynyrd http://www.apnewsarchive.com/1986/Woman-Killed-Roc... http://chronicle.augusta.com/stories/2009/01/26/me... http://jacksonville.com/lifestyles/2009-01-21/stor... http://jacksonville.com/news/metro/2010-09-20/stor... http://lynyrdskynyrd.com http://www.lynyrdskynyrdhistory.com/less2.html http://www.smashwords.com/books/view/168499 http://www.vh1.com/shows/behind_the_music_remaster... http://libraryonline.erau.edu/online-full-text/nts... http://aviation-safety.net/database/record.php?id=...